Tuan Tanah

My photo
pasir puteh , Malaysia
.Ana. .Saya. .Aku. .Hidup dan mati kerana Allah.

Sunday, May 5, 2013

Ceh Curhat

Bismillahirahmanirahim......
Alhamdulillah wa syukurillah...
Selawat dan salam keatas junjungan kami Muhammad SAW..

Hiba menyelimut sekudus hati.
Alunan yang cukup membuat diri terbuai dalam bait-bait makna yang indah.
Hanyut. Ini nikmat sebenar.

Senyum.

"Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"  (Ar -Rahman : 30)

Aku kira-kira dalam 31 kali Allah menyebut kata-kata ini dalam surah Ar-Rahman . Yang Maha Pemurah . Maha Pemberi . Surah ni dah jadi pebret surah dah. Bila tadabbur ayat-ayat dia. Allahu . Berbekas dekat hati.

Hari-hari dok minta. Paling tidak 5 kali sehari dok minta. Kalau ada perkara yang dihajati tu kompem tak cukup dengan 5 waktu, tambah solat hajat lagi.
Tapi..huh! Manusia. Lupa.
Bila dah dapat tak reti nak bersyukur. Dustakan semua yang Allah bagi.

Aku tidak mengerti sama ada kamu mahupun aku tahu dan paham .
Erti sebenar memperhambakan diri kepada Sang Pencipta. Mungkin kita semua tahu kita adalah hamba.
Tapi kita xpernah faham bahawa kita adalah seorang pengabdi yang nyata.
Faham dan hayati makna sebenar baru boleh rasa feel jatuh cinta.

"Saat kalimah ALLAH diperdengarkan maka bergetarlah seluruh tubuh kerana bertapaknya rasa kehambaan dalam hati terhadap ILLAHI"

Entry ni aku tulis nak bagitahu betapa aku rasa something dengan ayat tadi. Betapa hati ni rasa . Zuuuppppp. Dalam hati. Macam kena panah..

Siyes. Siyes. One word.

HEBAT

Sejak dua menjak ni rasa syok sangat bila tadabbur ayat Allah. Tenang. Suka sangat dengan rasa ni. Hairan bin ajaib. Makin suka. Menggali dan terus menggali.

" Ya Allah istiqomahkan diri ku dalam mencari redha MU dalam dunia yang semakin tua ini. Redhai lah daku . Bantu lah aku. Ya Allah, aku tiada ilmu yang tinggi untuk ku berdakwah menyeru umat manusia tapi dengan kekuatan dan kecekalan yang kau kurniakan kepada ku akan aku terus memperjuangkan agamamu. Wahao RABB ku, kau jadikan lah pakaian ku ini sebagai salah satu daripada dakwahku. Hanya ini yang aku mampu. Ameen Ya Rabb. "

No comments: