Cemburu.
Kaget.
Allahuakbar. Tidak mampu untuk melontarkan diri segagah itu.
Gigih mencari ilmu. Berbeza sungguh kita dengan para sahabat Nabi terdahulu. Terlalu jauh bezanya.
Cuba check diri kita balik , berkira ke kita dalam mencari ilmu? Aku tak pandai mentafsir orang tapi kalau tengok pada diri. Memang.
Cara kita berbeza dan kerana itu darjat kita berbeza. Sungguh kau beruntung kerana kau telah Allah redha.
Sedangkan kita ?
Hanya tinggal tanda tanya.
Kalau student cara student. Malam itu seolah-olah bertukar siang.
Subuh pun kekadang tu terbabas.
Yang si akhi sibuk dengan bola.
Yang si ukhti pula online tak hengat.
Bukan kata korang la, aku pon sama.
Class yang start pukul 8 jawabnya bye-bye la.
Kalau kuliah lepas magrib kat masjid dalam kampus tu memang xyah cite. Lengang.
Tak ada yang nak berkejar kesana.
Yang tahu . Ah. Alasan.
Itu student.
kalau dah berkerja lain pula caranya.
Ape kau tahu. Ni Akhir zaman. Ilmu yang nak diberi secara FREE dan buat kita KAYA tak de orang nk mengejar. Sebab tidak terzahir. So taknak.
Memang hakikatnya begitu.
Meh. Meh. Nak ajak semua renung cerita ni.
Seorang mengembara dari Madinah ke Damsyik semata-mata untuk memperolehi sebuah Hadis.
Banding-banding dengan diri korang.
Tak payah cakap orang, Aku pun sama.
-------------------------------------
Kathir bin Qais rahmatullah alaihi meriwayatkan :
"Sedang aku duduk bersama Abu Dardak r.a. didalam sebuah masjid di Damsyik datanglah seorang berjumpa dengan beliau lalu berkata
: " Wahai Abu Dardak daku telah datang sepanjang perjalanan dari Madinah semata-mata hendak mempelajari hadis daripadamu kerana daku mendapat tahu bahawa tuan mendengarnya langsung daripada Rasulullah SAW."
"Ada apa-apa urusan lain kamu di Damsyik?"
"Tidak ada."
"Adakah kamu pasti kamu tidak ada apa-apa urusan di Damsyik ?"
"Daku datang kesini dengan maksud yang semata- mata mahu mempelajari hadis ini."
Agak-agak jauh tak Madinah ke Damsyik?
Eh tak jauh mana la, 1302KM jerrrrr...
Perghhhh... Terbaik la
Abu Dardak r.a. berkata :
" Dengarlah. Daku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Allah memudahkan jalan kesyurga seorang yang merentas beberapa jarak jauhnya untuk mencari ilmu. Para malaikat akan menghamparkan sayapnya dibawah kakinya dan segala makhluk dilangit dan dibumi ( malah ikan di dalam air) akan berdoa untuk keampunannya. Kelebihan seseorang yang memiliki ilmu keatas seseorang yang 'abid ( ahli ibadat) adalah seumpama kelebihan bulan keatas bintang-bintang. Ulamak adalah pewaris Anbiya' . Warisan Anbiya' bukanlah dinar ataupun dirham. Warisan mereka adalah ilmu. Seorang yang memiliki ilmu sebenarnyalah memperoleh hasil yang besar."
Abu Dardak r.a , ahli fiqah yang terkenal dikalangan sahabat. Di gelar Hakimul Ummah (orang bijaksana dalam agama islam)
"Sebelum islam aku berniaga, selepas memeluk agama islam,aku cuba menyatukan di antara perniagaan dengan ibadat tetapi aku tidak dapat berbuat demikian. Maka aku tinggalkan terus perniagaan dan langsung memperhambakan diri kepada Allah. Sekarang ini walaupun jika aku mempunyai sebuah kedai dipintu masjid dan tidak bimbang ketinggalan satu solat pun dan kedai itu tidak dapat menghasilkan untuk ku setiap hari sebanyak 40 dinar yang akan ku belanjakan semuanya kejalan Allah, demikian itu pun aku tidak mahu lagi membuka perniagaan."
"Apa sebabnya?"
"Aku cintakan mati,agar dapat bertemu Allah. Daku cintakkan kefakiran agar dapat berlaku tawadhuk. Daku sukakan kesakitan agar dosa-dosaku diampunkan."
Tunduk . Kata-kata terkunci .
Kepada mereka ini bukanlah sesukar mana. Spirit mereka sangat lah "perghh" .
Sya'abi seorang Muhaddith yang mahsyur dari Kufah pernah berkata kepada salah seorang muridnya setelah meriwayatkan sebuah hadis,
" Kamu sedang mendengar hadis ini ketika kamu tinggal di bandar kamu sendiri,sedangkan orang yang dahulu terpaksa mengembara jauh ke Madinah walaupun untuk perkara yang tidak penting lantaran Madinah ketika itu adalah pusat ilmuan."
haaaaa sekarang masa untuk jihad mencari ilmu
untuk bekalan "makanan" kita dikehidupan yang lain
kerana esok mahupun lusa belum tentu milik kita.
senyum kelat
No comments:
Post a Comment