Tuan Tanah

My photo
pasir puteh , Malaysia
.Ana. .Saya. .Aku. .Hidup dan mati kerana Allah.

Thursday, May 9, 2013

Mereka siapa? kita ni siapa ?

Bismillahirahmanirahim.....

Semalam mengajar kita untuk jadi hari ini,
Hari ini kita bangkit,
Dan saya kira kita akan terus bangkit.
Tetibe rasa macam nak cakap pasal benda ni. Kena cakap . Manusia jadian sekarang memang dah tak nampak. Tak tahu nak beza mana yang kena hormat. Mana yang kena sanjung. Saya tak pasti sebab apa. Buta mungkin. Buta pada zahirnya tak ape tapi jangan buta mata hati. Lemas la kau dalam dunia ni. Sebenarnya saya nak cakap pasal.

Ulamak yang terhina.
Saya rasa sekarang ni. Ye. Zaman ini.
Orang sudah tidak peduli pangkat 'ulamak'. Barangkali. Semakin dikejar semakin tak nampak. Apa motif hina ulamak. Kalau nak bandingkan ilmu kita dengan mereka. Allahurabbi. Macam kuman dengan gajah. Malah lebih teruk dari tu.
Sebenarnya saya tak pandai nak bercakap panjang lebar tentang semua ni. Moh hayati makna yang tersurat disebalik ape yang saya nak kongsi ni. Mohon dibukakan mata luas-luas. Dilapangkan dada. Semoga Allah tak putus merahmati kita. Aminn.
------------------------------------
Muaz bertanya kepada Rasulullah :
"Aku ini hanyalah Muaz tetapi Tuan adalah Rasulullah ,bagaimana aku ingin selamat dan amalan ku diterima naik oleh Allah SWT. "
Rasulullah bersabda :
"Kamu ikutlah aku ,sekalipun amalan mu ada kekurangan tetapi kamu ikut lah aku."
"Wahai Muaz jagalah lidah kamu daripada mencela saudaramu terutama orang yang membaca dan memahai Al Quran. (Alim ulamak)

See. Awal-awal lagi Nabi dah pesan.
Tapi saya tengok sekarang orang alim dicela dan orang zalim di angkat di sanjung.

"Jika ada salah dan silap letakkanlah kesalahan dan dosa keatas kamu , jangan letakkan kesalahan pada alim ulamak".

Tapi kita tidak, suka mencari salah orang. Bila tak kena hukum dan pelaksanaan salah kan orang alim. Apekebende la hai.

"Dan jangan kamu sucikan dirimu dengan mencela orang alim. Jangan angkat dirimu sendiri dihadapan mereka."

Uishh. Kalau hari ni. Saat ni. Bukan stakat rasa diri lebih hebat dari mereka. Siap cetak gambar yang menghina mereka lagi. Allahurabbi. Nak jadi ape ni ha.

"Dan jangan kamu tunjuk kepada orang amalan kamu"

Haa ini satu lagi isu. Yang ni takde kena mengena dengan alim ulamak. Tapi kena mengena dengan diri kita. Nak buat kebaikan ni bukan senang tapi bila kita dapat melakukan kita sering diburu rasa riak. Kan kan kan.

Tapi kan....
Imam Ghazali cakap " kalau kita buat kebaikan dan amalan tetapi datang nya riak dalam diri kita. Tanya lah diri kita. Sebagai contoh kita nak menderma tetapi masa tu orang tahu kita menderma dan ada rasa sedikit riak dalam diri. Maka tanyalah diri kita manakah lebih baik..menderma atau tidak. Haaaa mestila menderma kan...tak apa sebab nanti lama-lama perasaan itu akan terhakis sebab dh tertutup dengan kebaikan yang kita buat .
Murrobi saya ada berpesan
"Kita memang confirm2 tidak akan menjadi nabi dan rasul tapi kita boleh menjadi ulamak, jika tidak mampu , jadi lah orang-orang yang pandai tentang agama , ustaz tetapi jika tidak mampu juga jadilah orang yang mempelajari agama dan berjuang untuknya "
-------------------------------------
So faham kan dari apa yang saya kongsi kan. So start detik ni jangan lah saya mahupun awak-awak sekelian rasa hebat dengan alim ulamak. Mereka tu siapa kita ni siapa. Ingat apa yang Rasulullah kata . InsyaAllah segala amalan kita Allah SWT terima.

Semoga Allah redha

Senyum