Tuan Tanah

My photo
pasir puteh , Malaysia
.Ana. .Saya. .Aku. .Hidup dan mati kerana Allah.

Sunday, May 26, 2013

Hari ini dosa kita sama

Sesak.Bingit.Tuli telinga.

Hari ini kita bercakap tentang orang lain. Menasihat dengan sabar.Memenuhi kehendak dan permintaan walau terkadang diri terpaksa memakan hati berulamkan jantung.

Hari ini kita memimpin dengan penuh berani.Menggapai tangan yang hampir lemas.Menepikan segala kemahuan diri demi kebahagian orang yang kita sayang.Demi ummah yang kian rapuh.

Hari ini kita seringkali menyatakan kebenaran.Membezakan mana al haq dan batil. Hebat.Kita memang hebat.Mana tak hebat bila mana sering kita ungkapkan bahawa kita lah penyambung perjuangan Nabi-Nabi. Bravo.

Hari ini juga kita menentang sesiapa saja yang diskusi dan motionnya tidak sama fikrah dengan kita. Menentang dengan penuh kelembutan tapi tajam pada perkataan.

Dengan hari-hari itu kita hebat mentafsir sesuatu mengikut kata hati dan juga barangkali memanipulasikan dalam satu konteks yang cukup senang untuk difahami sekarang. Ukhuwwah fillah.

Ukhti,

Kita seringkali meletakkan satu titik harapan yang tinggi pada seseorang tanpa kita ambil kira dia juga manusia biasa. Bila mana titik harapan itu ditonjolkan maka manusia-manusia yang kita pointkan itu melakukan DOSA kita secara spontannya kita tidak dapat menerima hakikat bahawa dia juga manusia biasa.

Halilintar apakah ini ?
Sentap.

Ukhti,

Saat aku menekan papan kunci ini dengan tidak berapa laju, otak seakan ligat berundur kebelakang.Memikirkan aku seringkali memandang dan mencari kesalahan orang sedangkan aku sendiri penuh dengan titik-titik hitam polkadot. Aku ingin menasihati sekelian manusia tapi aku sendiri tidak mampu.

Bila kita memutarkan cerita balik-balik benda yang sama, dimana kita jihadnya kerana menjaga "ikhtilad".

katanya.

kadang-kadang kita sendiri tidak menjaga bagai mana akan terjaga. kadang-kadang dengan tidak semena kita mengata orang sedangkan kita melalukannya juga.Ingin melaksanakan bagaikan dihempap batu yang sangat berat.

Jangan tersungkur lagi.Penat.

Ilmu itu hak alim ulama', da'ie itu hak semua orang. Bila mana ditimpakan keatasmu ujian yang kamu tidak sangkakan maka saat itu Allah sedang mengujimu,menegurmu.

kerana apa?

Allah sayang kita dan sayang itu kekal

::Kamu dan Kamu, mari muhasabah diri kerana dosa kita sama.

No comments: