Tuan Tanah

My photo
pasir puteh , Malaysia
.Ana. .Saya. .Aku. .Hidup dan mati kerana Allah.

Wednesday, May 22, 2013

Hari Baling-baling topi





Eh tak suka la course ni. Macam tah pape je. Tak kena dengan jiwa.Ayat yang mula-mula sekali terpacul dari mulut.Mungkin boleh saya katakan second time nak melangkah menuju perjuangan jihad belajar.

oh ya,

Yang saya kira MASIH panjang dan banyak lagi yang perlu digali. Sesuatu yang bukan menjadi keinginan hati saya.Ada sesuatu ni. Husnuzon je la wahai hati. Masa tu diri ni tak ada apa-apa pun.Tiada ilmu untuk dikongsi malah sehingga hari ini diri belum cukup dengan ILMU.

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Kalau dulu sibuknya diri mengejar ilmu keduniaan sampikan segala kearah keakhiratan dibiarkan terus.Lagikan nak belajar agama, oh pelishh....Apakah ini wahai manusia? Proses tarbiyyah ke hape ke memang zero.yang ada satu je.

Protes.

wahhh kelas kau maria...

-------------------------------------
Assalamualaikum.....

Di setiap persimpangan hidup yang kita selalu berkira-kira untuk menerjah sebenarnya ada sesuatu yang Allah sediakan. Pada kita semua itu karut tapi hakikatnya itulah yang terindah. Betol. Tak tipu. Sebab saya dah rasa.


Langkah demi langkah

Titis peluh keringat
Terkadang diri hampir tersungkur
Tapi diri tak kan pernah lelah
Ye Lelah dengan dunia
Dunia yang terkadang kita sendiri lalaikan

Ahhhh
peduli orang kata
tanpa aku ke sini
tanpa aku ke Bumi Terengganu 
tanpa aku ke dungun
belum tentu aku kenal
erti kata tarbiyyah
erti kata dakwah
erti kata ukhuwwah fillah
kerana semua itu 
disini bermula


Dikesempatan ini juga secara peribadinya saya nak berterima kasih kepada sekelian manusia yang berada dibelakang saya , menyokong setiap jalan yang saya lalui. Walaupun saya tahu dengan hanya terima kasih ini belum cukup untuk semua itu terutamanya untuk orang yang banyak berjasa..Tamat belajar xbererti berakhir untuk diri mencari ilmu. Ini baru permulaan untuk ketangga seterusnya.

Wali dan mama.
Tiada ungkapan kata menggambarkan betapa supebnya jadi anak korang. Liku hidup dan jatuh bangun daku, kamu sentiasa ada. Sentiasa memberi ruang dan masa untuk ku mengerti apa tujuan hidup ku..apa matlamat yang harus daku susuri. Dorongan dan tembakan doa dari kalian beri kekuatan dalaman untuk sentiasa memacakkan kaki dibumi Tuhan.Alhamdulillah. Kalian nikmat Allah yang berharga.

Murrobi , cikgu dan lecturer.
Tanpa ilmu dari kalian hidup umpama meraba dalam kesesakan gelap. Terima kasih atas ilmu dan penat lelah, membantu tanpa jemu, memberi kata nasihat. Ikhlas dan tiada nista.Semoga ilmu ini sentiasa segar mengalir.

Sahabat-sahabat.
Kalian merupakan kekuatan saya juga dalam harungi saat genting. Saat hampir rebah dan tersungkur.Rindu tidur sebantal sekatil.Makan sepinggan. Masak sesama. Ah. Rindu. Semoga kalian terus sukses dan sentiasa dalam redha Allah.

dan

taklupa juga kepada penaja saya :)
rezeki saya bersama anda.

Dup dap dup dap

::Allah mudahkan seorang ninja untuk terima segulung kertas.
Alhamdulillah wa syukurillah

No comments: