Nak cari apa sebenarnya dalam hidup ni. Sibuknya sampai terkejar kesana kemari. Cari dunia? Dunia pun tak kenal siapa kamu. Laluan hidup ni warna warni kan tapi boleh jadi ia kosong dan suram tanpa kita ambil peduli apa yang berlaku disekeliling kita. Cuba buat pit stop kejap.
Fikir
Renung
Apa yang terjadi pada hidup kita sebenarnya ada ibrah yang boleh kita pelajari. Cuma mata hati kita je antara nampak dan tidak. Mata melihat atau kita butakan. Telinga kita dengar atau kita pekak kan. Mulut kita bisu atau kita bisukan.
-------------------------------------
Pintu ditolok perlahan-lahan, dari hujung mata, saya lihat sang tubuh genit. Teragak-agak mahu masuk kedalam. Hati saya agak ni la si kecil yang Puan Siti bagitahu.
--------------------------------------------------------------------------
"Kat sini jumlah penghuni berapa orang ea Puan?."
"24 orang dan semuanya lelaki. Mereka ni datang dari seluruh negeri.Haa yang tinggi tu asal kemboja tapi ada ic dah. Mak ayah dia dah lama menetap dekat malaysia."
"La yeke..tak sangka la pula bercampur negeri sebab saya ingatkan anak yatim ni dari negeri kelantan je."
Senyap. Cuba mencari kekuatan untuk bertanya lagi. Tapi Puan Siti lebih pantas membuka bicara...
"Sebenarnya ada seorang lagi. Perempuan. Umur dia 4 tahun. Abang dia pon menghuni kat sini juga. Ummi ambil dia pon sebab kesiankan dia lagipun boleh teman anak perempuan ummi sorang ni."
Angguk. Isyarat seolah mengiyakan apa yang diberitahu ummi. Fikiran ligat memikirkan anak kecil itu. Allah. Hebat sungguh apa yang telah ditetapkan pada dirinya. Tubuh kecil itu tidak mengerti lagi apa itu eri kehidupan sebenar . Riak wajahnya sikit pun tidak menggambarkan apa adanya. Saya tak mampu untuk teruskan lagi pertanyaan. Sebak . Semua persoalan dah terbang .
Fokus anak mata saya menjurus kearahnya.Saya lihat dia berlari bermain basikal. Gelak ketawa jelas kedengaran. Ah. Apa dunia tahu?
"Ya Allah Kau jadikanlah dirinya seorang yang tabah dalam melalui liku kehidupan yang Kau susun hebat ini. Jadikan dia seorang mujahidah sejati dan cekalkan hatinya dalam menempuh dunia yang penuh penipuan ni. Lindungilah dirinya dari segala kesesakan yang mendesak. Ameen Allahuma ameen."
------------------------------------
Ada sesuatu yang cuba Allah sampaikan melalui si tubuh genit itu.
Tabah.
Ya. Tabah. Bukan senang sesenang menyebut perkataan ini. Siapa yang tidak menitiskan air mata saat berpisah dengan orang yang kita sayangi. Saya yakin bilamana dia mengerti apa itu erti sebenar sebuah drama kehidupan dan dikelilingi pelakon manusia, rasa itu akan ada. Sedih, redha dan tabah.
Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim sambil bersabda :
" Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih , kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi Saw) teramatlah sedih" (HR. Bukhari No. 1220)
Sentap.
Benarlah ibu bapa,anak-anak dan keluarga itu sendiri hanyalah nikmat dunia yang Allah pinjamkan kepada kita untuk berdampingan dan berkongsi nikmat curahan kasih sayang.Menyokong kita bertatih saat kita terlalu lemah untuk berdiri. Setia menemani saat kita mengaduh kesakitan. Yes. Ada ibrah disebalik semua ini.
REDHA dan TABAH
kan suwik centu.
tak gitu ?
No comments:
Post a Comment