Bukan begini dan begitu aku mahu
Pergi la wey
Pergi jaoh2
Aku tak suka kau la
JAHILIAH
Hanya Kamu Illahi
Hanya Kamu Ya Allah
Bukan begini dan begitu aku mahu
Pergi la wey
Pergi jaoh2
Aku tak suka kau la
JAHILIAH
Hanya Kamu Illahi
Hanya Kamu Ya Allah
Sesak.Bingit.Tuli telinga.
Hari ini kita bercakap tentang orang lain. Menasihat dengan sabar.Memenuhi kehendak dan permintaan walau terkadang diri terpaksa memakan hati berulamkan jantung.
Hari ini kita memimpin dengan penuh berani.Menggapai tangan yang hampir lemas.Menepikan segala kemahuan diri demi kebahagian orang yang kita sayang.Demi ummah yang kian rapuh.
Hari ini kita seringkali menyatakan kebenaran.Membezakan mana al haq dan batil. Hebat.Kita memang hebat.Mana tak hebat bila mana sering kita ungkapkan bahawa kita lah penyambung perjuangan Nabi-Nabi. Bravo.
Hari ini juga kita menentang sesiapa saja yang diskusi dan motionnya tidak sama fikrah dengan kita. Menentang dengan penuh kelembutan tapi tajam pada perkataan.
Dengan hari-hari itu kita hebat mentafsir sesuatu mengikut kata hati dan juga barangkali memanipulasikan dalam satu konteks yang cukup senang untuk difahami sekarang. Ukhuwwah fillah.
Ukhti,
Kita seringkali meletakkan satu titik harapan yang tinggi pada seseorang tanpa kita ambil kira dia juga manusia biasa. Bila mana titik harapan itu ditonjolkan maka manusia-manusia yang kita pointkan itu melakukan DOSA kita secara spontannya kita tidak dapat menerima hakikat bahawa dia juga manusia biasa.
Halilintar apakah ini ?
Sentap.
Ukhti,
Saat aku menekan papan kunci ini dengan tidak berapa laju, otak seakan ligat berundur kebelakang.Memikirkan aku seringkali memandang dan mencari kesalahan orang sedangkan aku sendiri penuh dengan titik-titik hitam polkadot. Aku ingin menasihati sekelian manusia tapi aku sendiri tidak mampu.
Bila kita memutarkan cerita balik-balik benda yang sama, dimana kita jihadnya kerana menjaga "ikhtilad".
katanya.
kadang-kadang kita sendiri tidak menjaga bagai mana akan terjaga. kadang-kadang dengan tidak semena kita mengata orang sedangkan kita melalukannya juga.Ingin melaksanakan bagaikan dihempap batu yang sangat berat.
Jangan tersungkur lagi.Penat.
Ilmu itu hak alim ulama', da'ie itu hak semua orang. Bila mana ditimpakan keatasmu ujian yang kamu tidak sangkakan maka saat itu Allah sedang mengujimu,menegurmu.
kerana apa?
Allah sayang kita dan sayang itu kekal
::Kamu dan Kamu, mari muhasabah diri kerana dosa kita sama.
Nak cari apa sebenarnya dalam hidup ni. Sibuknya sampai terkejar kesana kemari. Cari dunia? Dunia pun tak kenal siapa kamu. Laluan hidup ni warna warni kan tapi boleh jadi ia kosong dan suram tanpa kita ambil peduli apa yang berlaku disekeliling kita. Cuba buat pit stop kejap.
Fikir
Renung
Apa yang terjadi pada hidup kita sebenarnya ada ibrah yang boleh kita pelajari. Cuma mata hati kita je antara nampak dan tidak. Mata melihat atau kita butakan. Telinga kita dengar atau kita pekak kan. Mulut kita bisu atau kita bisukan.
-------------------------------------
Pintu ditolok perlahan-lahan, dari hujung mata, saya lihat sang tubuh genit. Teragak-agak mahu masuk kedalam. Hati saya agak ni la si kecil yang Puan Siti bagitahu.
--------------------------------------------------------------------------
"Kat sini jumlah penghuni berapa orang ea Puan?."
"24 orang dan semuanya lelaki. Mereka ni datang dari seluruh negeri.Haa yang tinggi tu asal kemboja tapi ada ic dah. Mak ayah dia dah lama menetap dekat malaysia."
"La yeke..tak sangka la pula bercampur negeri sebab saya ingatkan anak yatim ni dari negeri kelantan je."
Senyap. Cuba mencari kekuatan untuk bertanya lagi. Tapi Puan Siti lebih pantas membuka bicara...
"Sebenarnya ada seorang lagi. Perempuan. Umur dia 4 tahun. Abang dia pon menghuni kat sini juga. Ummi ambil dia pon sebab kesiankan dia lagipun boleh teman anak perempuan ummi sorang ni."
Angguk. Isyarat seolah mengiyakan apa yang diberitahu ummi. Fikiran ligat memikirkan anak kecil itu. Allah. Hebat sungguh apa yang telah ditetapkan pada dirinya. Tubuh kecil itu tidak mengerti lagi apa itu eri kehidupan sebenar . Riak wajahnya sikit pun tidak menggambarkan apa adanya. Saya tak mampu untuk teruskan lagi pertanyaan. Sebak . Semua persoalan dah terbang .
Fokus anak mata saya menjurus kearahnya.Saya lihat dia berlari bermain basikal. Gelak ketawa jelas kedengaran. Ah. Apa dunia tahu?
"Ya Allah Kau jadikanlah dirinya seorang yang tabah dalam melalui liku kehidupan yang Kau susun hebat ini. Jadikan dia seorang mujahidah sejati dan cekalkan hatinya dalam menempuh dunia yang penuh penipuan ni. Lindungilah dirinya dari segala kesesakan yang mendesak. Ameen Allahuma ameen."
------------------------------------
Ada sesuatu yang cuba Allah sampaikan melalui si tubuh genit itu.
Tabah.
Ya. Tabah. Bukan senang sesenang menyebut perkataan ini. Siapa yang tidak menitiskan air mata saat berpisah dengan orang yang kita sayangi. Saya yakin bilamana dia mengerti apa itu erti sebenar sebuah drama kehidupan dan dikelilingi pelakon manusia, rasa itu akan ada. Sedih, redha dan tabah.
Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim sambil bersabda :
" Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih , kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi Saw) teramatlah sedih" (HR. Bukhari No. 1220)
Sentap.
Benarlah ibu bapa,anak-anak dan keluarga itu sendiri hanyalah nikmat dunia yang Allah pinjamkan kepada kita untuk berdampingan dan berkongsi nikmat curahan kasih sayang.Menyokong kita bertatih saat kita terlalu lemah untuk berdiri. Setia menemani saat kita mengaduh kesakitan. Yes. Ada ibrah disebalik semua ini.
REDHA dan TABAH
kan suwik centu.
tak gitu ?
Sahabat
Tuhan tidak sesekali mengujimu dan keluargamu jika kau tak mampu,
Kelu untuk aku ungkapkan sebaris ayat pun.
SABAR
Hanya itu yang mampu.
Aku tahu kau mampu menghadapi semua ini.
Kerana kekuatan dalaman mu.
Percaya. Pasti suatu saat gembira itu tiba
kerana Tuhan lebih mengetahui.
Dari sahabat kepada sahabat
Diri tak pernah lelah untuk SENYUM
Cemburu.
Kaget.
Allahuakbar. Tidak mampu untuk melontarkan diri segagah itu.
Gigih mencari ilmu. Berbeza sungguh kita dengan para sahabat Nabi terdahulu. Terlalu jauh bezanya.
Cuba check diri kita balik , berkira ke kita dalam mencari ilmu? Aku tak pandai mentafsir orang tapi kalau tengok pada diri. Memang.
Cara kita berbeza dan kerana itu darjat kita berbeza. Sungguh kau beruntung kerana kau telah Allah redha.
Sedangkan kita ?
Hanya tinggal tanda tanya.
Kalau student cara student. Malam itu seolah-olah bertukar siang.
Subuh pun kekadang tu terbabas.
Yang si akhi sibuk dengan bola.
Yang si ukhti pula online tak hengat.
Bukan kata korang la, aku pon sama.
Class yang start pukul 8 jawabnya bye-bye la.
Kalau kuliah lepas magrib kat masjid dalam kampus tu memang xyah cite. Lengang.
Tak ada yang nak berkejar kesana.
Yang tahu . Ah. Alasan.
Itu student.
kalau dah berkerja lain pula caranya.
Ape kau tahu. Ni Akhir zaman. Ilmu yang nak diberi secara FREE dan buat kita KAYA tak de orang nk mengejar. Sebab tidak terzahir. So taknak.
Memang hakikatnya begitu.
Meh. Meh. Nak ajak semua renung cerita ni.
Seorang mengembara dari Madinah ke Damsyik semata-mata untuk memperolehi sebuah Hadis.
Banding-banding dengan diri korang.
Tak payah cakap orang, Aku pun sama.
-------------------------------------
Kathir bin Qais rahmatullah alaihi meriwayatkan :
"Sedang aku duduk bersama Abu Dardak r.a. didalam sebuah masjid di Damsyik datanglah seorang berjumpa dengan beliau lalu berkata
: " Wahai Abu Dardak daku telah datang sepanjang perjalanan dari Madinah semata-mata hendak mempelajari hadis daripadamu kerana daku mendapat tahu bahawa tuan mendengarnya langsung daripada Rasulullah SAW."
"Ada apa-apa urusan lain kamu di Damsyik?"
"Tidak ada."
"Adakah kamu pasti kamu tidak ada apa-apa urusan di Damsyik ?"
"Daku datang kesini dengan maksud yang semata- mata mahu mempelajari hadis ini."
Agak-agak jauh tak Madinah ke Damsyik?
Eh tak jauh mana la, 1302KM jerrrrr...
Perghhhh... Terbaik la
Abu Dardak r.a. berkata :
" Dengarlah. Daku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Allah memudahkan jalan kesyurga seorang yang merentas beberapa jarak jauhnya untuk mencari ilmu. Para malaikat akan menghamparkan sayapnya dibawah kakinya dan segala makhluk dilangit dan dibumi ( malah ikan di dalam air) akan berdoa untuk keampunannya. Kelebihan seseorang yang memiliki ilmu keatas seseorang yang 'abid ( ahli ibadat) adalah seumpama kelebihan bulan keatas bintang-bintang. Ulamak adalah pewaris Anbiya' . Warisan Anbiya' bukanlah dinar ataupun dirham. Warisan mereka adalah ilmu. Seorang yang memiliki ilmu sebenarnyalah memperoleh hasil yang besar."
Abu Dardak r.a , ahli fiqah yang terkenal dikalangan sahabat. Di gelar Hakimul Ummah (orang bijaksana dalam agama islam)
"Sebelum islam aku berniaga, selepas memeluk agama islam,aku cuba menyatukan di antara perniagaan dengan ibadat tetapi aku tidak dapat berbuat demikian. Maka aku tinggalkan terus perniagaan dan langsung memperhambakan diri kepada Allah. Sekarang ini walaupun jika aku mempunyai sebuah kedai dipintu masjid dan tidak bimbang ketinggalan satu solat pun dan kedai itu tidak dapat menghasilkan untuk ku setiap hari sebanyak 40 dinar yang akan ku belanjakan semuanya kejalan Allah, demikian itu pun aku tidak mahu lagi membuka perniagaan."
"Apa sebabnya?"
"Aku cintakan mati,agar dapat bertemu Allah. Daku cintakkan kefakiran agar dapat berlaku tawadhuk. Daku sukakan kesakitan agar dosa-dosaku diampunkan."
Tunduk . Kata-kata terkunci .
Kepada mereka ini bukanlah sesukar mana. Spirit mereka sangat lah "perghh" .
Sya'abi seorang Muhaddith yang mahsyur dari Kufah pernah berkata kepada salah seorang muridnya setelah meriwayatkan sebuah hadis,
" Kamu sedang mendengar hadis ini ketika kamu tinggal di bandar kamu sendiri,sedangkan orang yang dahulu terpaksa mengembara jauh ke Madinah walaupun untuk perkara yang tidak penting lantaran Madinah ketika itu adalah pusat ilmuan."
haaaaa sekarang masa untuk jihad mencari ilmu
untuk bekalan "makanan" kita dikehidupan yang lain
kerana esok mahupun lusa belum tentu milik kita.
senyum kelat
Sometimes things aren't the way we hoped they would be,
That's when we have to tell ourself that things will get better,
It may not be easy
But take each step forward as a challenge.
Learn from difficult times.
Grow in courage and in strenght.
Keep believing in Allah
HE is the best planner
Stay focus on all you want your life to be.
Always have faith in Allah.
HE will not leave you alone.
Challenges are part of life's journey that will bring you closer to what you dream to be.
And forsure will bring you closer to Allah
Bismillahirahmanirahim......
Alhamdulillah wa syukurillah...
Selawat dan salam keatas junjungan kami Muhammad SAW..
Hiba menyelimut sekudus hati.
Alunan yang cukup membuat diri terbuai dalam bait-bait makna yang indah.
Hanyut. Ini nikmat sebenar.
Senyum.
"Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar -Rahman : 30)
Aku kira-kira dalam 31 kali Allah menyebut kata-kata ini dalam surah Ar-Rahman . Yang Maha Pemurah . Maha Pemberi . Surah ni dah jadi pebret surah dah. Bila tadabbur ayat-ayat dia. Allahu . Berbekas dekat hati.
Hari-hari dok minta. Paling tidak 5 kali sehari dok minta. Kalau ada perkara yang dihajati tu kompem tak cukup dengan 5 waktu, tambah solat hajat lagi.
Tapi..huh! Manusia. Lupa.
Bila dah dapat tak reti nak bersyukur. Dustakan semua yang Allah bagi.
Aku tidak mengerti sama ada kamu mahupun aku tahu dan paham .
Erti sebenar memperhambakan diri kepada Sang Pencipta. Mungkin kita semua tahu kita adalah hamba.
Tapi kita xpernah faham bahawa kita adalah seorang pengabdi yang nyata.
Faham dan hayati makna sebenar baru boleh rasa feel jatuh cinta.
"Saat kalimah ALLAH diperdengarkan maka bergetarlah seluruh tubuh kerana bertapaknya rasa kehambaan dalam hati terhadap ILLAHI"
Entry ni aku tulis nak bagitahu betapa aku rasa something dengan ayat tadi. Betapa hati ni rasa . Zuuuppppp. Dalam hati. Macam kena panah..
Siyes. Siyes. One word.
HEBAT
Sejak dua menjak ni rasa syok sangat bila tadabbur ayat Allah. Tenang. Suka sangat dengan rasa ni. Hairan bin ajaib. Makin suka. Menggali dan terus menggali.
" Ya Allah istiqomahkan diri ku dalam mencari redha MU dalam dunia yang semakin tua ini. Redhai lah daku . Bantu lah aku. Ya Allah, aku tiada ilmu yang tinggi untuk ku berdakwah menyeru umat manusia tapi dengan kekuatan dan kecekalan yang kau kurniakan kepada ku akan aku terus memperjuangkan agamamu. Wahao RABB ku, kau jadikan lah pakaian ku ini sebagai salah satu daripada dakwahku. Hanya ini yang aku mampu. Ameen Ya Rabb. "
Langkah makin longlai. Semangat sudah tidak seperti dulu. Hambar. Entah apa sebabnya jiwa kacau. Kayuhan sudah tidak sekencang dulu. Makin jauh. Tak salah kan sesiapa, Ye. Salah aku sendiri. Aku yang tak pernah cakna dengan Tuhan ku. Sungguh! Longlai yang amat. Mencari dimana kurang dan silap dalam menyelam hidup di dunia yang fana ini. Matlamat seolah semakin kabur. Misi semakin terkubur. Melawan Al Hawa' yang sentiasa menyelinap masuk.
Tenang wahai jiwa. Tenang.
Astargfirullahhalazim
Allahu Allah
Mana hilang malam mu dalam tangisan sendu, mengharap simpati Tuhanmu
Mana pergi niat mu Lillahitaala dalam setiap langkahmu
Mana pergi semangat dan tembakan doamu wahai mujahid mujahidah..
Mana pergi ?
Jangan. Jangan lalai dengan dunia. Jangan dikejar dunia kelak kau hilang semua.
Banyak yang ingin dikongsi tapi kata-kata seolah olah membataskan segalanya. Aku tahu. Munajat kepada sang Pencipta itu lebih oshem rasanya.
Pertanyaan singgah dibenak. Hampir setiap waktu. Apa tujuan ku? Melihat islam menang? Ingin sekali melihat dunia menyanjung islam.. Demi RABB ku.
Ya.
Dunia semakin pelik. Pelik dan terasing. Benarlah.
"Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing ,maka berbahagialah orang yang dikatakan asing " (HR Muslim dari Hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar R.A)
Aku seorang da'ie. Penyambung perjuangan Nabi -Nabi. Tapi sikap ku tidak melambangkan sebegitu.Apakah sumbangan aku? Layakkah aku ?
Hebat mana diri berperang dengan al-hawa'. Musuh yang nyata. Like seriously. Tapi bertahan la. Untuk hidup yang hakiki. Kalau bukan kita , siapa? Kalau bukan sekarang , bila? Layak atau tidak, kita tetap seorang da'ie. Perjuangkan hak islam. Orang yang menjaga agama Allah ,Allah lebih dulu menjaganya.
Kitalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan. Sungguh. Menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran.Tidakkah kau ingat kata-kata Allah :
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma"ruf dan melarang dengan mungkar " (Ali Imran 3:110)
Aku yang menulis juga seorang pendosa. Banyak, tapi aku yakin Rahmat Allah lebih luas dari itu.
Eleh.
Kempen je pon.
Bukan semua orang akan terbuka hati.
Hello.........
Yang memegang hati kita itu ALLAH
Yang beri taufiq dan hidayah itu ALLAH
Yang penting USAHA
Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
I might be strong
But don't let my guts down
The wall may be tough
But even water may crack it down
Many road i've been through
Please be the last road i am now
One thing
The wheel is round
Masa terus berlalu tapi aku akan tetap pada yang SATU...Allah itu tujuanku..HE is more than enough...
Di jalan ini, Nuh menangis.
Di jalan ini, Ibrahim dibakar.
Di jalan ini, para Nabi diburu, dilukai kejam.
Musa dan Isa.
Zakariya dan Yahya.
Belum lagi Nabi kita, Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam.Yang diludahi, yang diusir, yang dimaki.Yang dituding gila.Yang diperangi.Yang diancam dan hendak dibunuh berkali-kali.
Sebenarnya, tidak ada jaminan kau akan bersenang-senang didalam Dakwah.
Sebab sunatullahnya memang begitu. Dijelaskan berkali-kali. Semua serba berat. Serba susah.Serba kuras, rasa, fikir dan jiwa.Tapi di mata Allah,semua ada harganya.
Yang berjuang dan yang tidak itu banyak bezanya.Wahai diriku...please.., jangan mudah kecil hati atau putus asa saat dihina, dicaci, atau dituduh hanya kerana kau berdakwah.
Tuhankku
Disaat aku hampir rebah
tolong ingatkan aku pada setiap Janji MU ...
Tentukanlah nasib hidup kami Ya Allah
Jangan KAU biarkan kami tentukan nasib kami sendiri
Tuhanku
Izinkan aku sujud menyembah MU dipersisir hidayah MU
Sapalah doa taubat kami dengan kasih sayang MU
Tuhanku
Kami menagih kasih untuk berteduh dibawah restu MU
Sungguh!terlalu luas pandangan rahmat MU
YA RAHMAN YA RAHIM
anugerahkan kami secebis waktu
Untuk kami tintakan kembali
Masa lalu yang tersia
Menyuluh kembali pengabdian seorang hamba
Moga disetiap sudut nafas kami tercalit sedikit cahaya MU
sebelum detik itu tiba
Menyambut salam wahyu
Untuk kami kembali kepada MU
Alhamdulillah nikmat Allah lagi.Oxygen.
"Mana mungkin hidup dengan nilai islam zaman ini"
"Tak mungkin lah"
"Aku sudah solat 5 waktu, dah bertudung, cukuplah!"
"Aku selalu bagi derma kat masjid,cukup la tu !"
Tak mampu bertutur.senyap.seakan-akan menidakkan semua pertanyaan dan jawapan..
Cukupkah sekadar melihat?
Cukupkah sekadar merasa?
Cukupkah sekadar mengambil tahu?
Cukupkah??!!!!
Tanpa kita sedar.kau.aku.kita sama.tidak sedar akan hakikat menjadi seorang yang beriman itu adalah dengan menjadi muslim dan masuk dalam agama islam dengan SEPENUHNYA...sentiasa rasa tidak cukup degan ibadat yang dikejar-kejar.
Bila bercakap tentang SEPENUHNYA , bukan bererti separuh jalan,sekerat jalan,dipertengahan jalan, malah sesuku langkah sekali pon..
Kerana menjadi muslim itu mestilah sepenuh hati,jiwa dan raga.
Ok fine.sentap.
Mampukah aku?Niat je la,tu pon kira ok la kan dari tak de.
Ayat "yang penting niat " ..oh tu kene delete awalan lagi. Memang la niat penting tapi harus ada perbuatan.
Nak beli DUCATI MONSTER tapi bayar pakai niat. Mana hang nak dapat. Maksudnya lebih kurang la..Kena disusuli perbuatan which is usaha.
"Tidak cukup menjadi seorang Muslim, kita kena jadi Muslim yang beriman. Tidak cukup hanya beriman saja tapi mesti beriman dan berilmu. Tidak cukup kita menjadi Muslim beriman yang berilmu ,namun kita kena beramal dengan ilmu itu . DAN tidak cukup dengan hanya beramal tetapi mestilaj ikhlas dengan setiap amalan itu"
Tarik nafas panjang-panjang.Pikir.
Tak lama pon.Pinjam 3 saat je.
CUKUPKAH KITA?!
Di saat momentum mula perlahan
Lidah tidak mampu untuk berbicara
Cahaya semakin malap
Jasad tak mampu bertahan
Renungan jauh ku lontar
Merenung bulan mencari bintang
Dihantui mimpi mimpi semalam
Andai Engkau tidak memilih ku
Mampukah aku untuk bertatih
Jejak lumpur pernah kususuri
Calitan cemar masih terasa
Sungguh! Kau yang pegang hati ini
Jika nikmat ini Kau tidak beri
Aku tidak mampu bertatih lagi
KasihMu menjemput
Soalnya apa aku layak wahai Pemilik Nyawaku ?
Bismillahirahmannirahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Persoalan bertubi-tubi macam machinegun depa dok tanya...
macam mana boleh berubah ?
Wah dah macam ustazah dah wey?
Kau belajar pondok ke sekarang ?
Perghh ninja muslimah..cite la cam ne?
*soalan paling cool orang tanya
Aku rasa kau dah tukar parti ni :)
Err... =='
Emmm macam mana ea boleh terjebak dalam semua ni ? Jawapannya satu je Taufiq dan Hidayah dari Allah...Allahu..Alhamdulillah wa syukurillah...
Air mata itu nikmat..kudrat diri beribadah itu nikmat..perasaan sayang dan rindu pada Ilahi itu nikmat..Jangan kau sangka kau mampu merasainya jika Allah tak gerakkan hati!
Pang!!!Rasa macam kena tampar...
"Ok sedar dah"
-sekarang musim mengundi..perang poster..perang bendera..pung pang pung pang tup tup keluar macam2 manifesto..apa2 pon ingat!!!!!
1.Manifesto Allah
2.Manifesto Allah
3.Manifesto Allah
Takbir!!!
" Allahuakbar"
Hidup ini bertuhan,
Aku ,
Kau ,
Dia ,
Mereka ,
Semua hidup bertuhan..
Tapi siapa tuhan kau dan aku?
Siapa Allah SWT ?
"Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNYA , sedang bumi keseluruhannya pada hari kiamat dalam genggaman kuasanNYA dan langit tergulung dengan kuasaNYA .Maha Sucilah Dia dan Tertinggi keadaannya daru apa yang mereka sekutukan ." (Surah Az-Zumar : 67)
Tuhan itu Allah SWT dimana kekuasaan dan keagunganNYA meliputi segenap pelosok...
Tapi.....
Adakah kau dan aku lupa semua itu?..
Selama kau dan aku masih diberi helaan nafas junjunglah kalimah ini ....
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah "
Sollu ala Nabi